KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada 30 kluster baharu yang dilaporkan semalam berpunca daripada tindakan beberapa individu yang melakukan perjalanan merentas negeri termasuk untuk menghadiri majlis pengebumian.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara kluster komuniti baharu dikesan adalah Kluster Jalan Bestari Yayasan yang berpunca daripada kes indeks seorang wanita tempatan berusia 53 tahun dengan mempunyai sejarah perjalanan dari Selangor ke Johor pada 9 Julai lepas bagi satu majlis pengebumian.
Beliau berkata wanita itu didapati positif COVID-19 pada 22 Julai dan hasil 38 ujian saringan yang dilakukan terhadap kontak rapat, seramai 19 orang didapati positif.
"Satu lagi kluster komuniti melibatkan majlis pengebumian ialah Kluster Kerilla yang berpunca daripada kes indeks seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dengan mempunyai sejarah perjalanan merentas negeri dari Klang, Selangor ke Tanah Merah, Kelantan pada 11 Julai lepas.
"Perbuatan itu mengakibatkan sembilan kes positif dikesan hasil ujian saringan yang dilakukan terhadap 23 kontak rapat," katanya dalam kenyataan semalam.
BACA: COVID-19: 106 varian Delta dikesan, Terengganu catat nilai RT tertinggi - Dr Noor Hisham
BACA: COVID-19: 1.3 peratus daripada 15,573 kes baharu di bawah kategori 3, 4 dan 5
Menurut Dr Noor Hisham, tindakan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang melakukan sejarah perjalanan merentas negeri dari Kelantan ke Selangor dan Johor pada 10 Julai hingga 15 Julai lepas turut mencetuskan kluster komuniti iaitu Kluster Kampung Baru Bukit Kecil Labok di Machang, Kelantan.
Beliau berkata setakat ini, seramai 12 orang didapati positif hasil 38 ujian saringan yang dilakukan terhadap kontak rapat selepas kes indeks didapati positif COVID-19 pada 18 Julai lepas.
Sebanyak 30 kluster baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara semalam dengan kluster komuniti mengatasi kluster tempat kerja.
Sebanyak 16 kluster merupakan kluster komuniti, lapan merupakan kluster tempat kerja, empat kluster kumpulan berisiko tinggi manakala masing-masing satu kluster keagamaan serta pendidikan tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 23 2021
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan. - Gambar fail
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.